Monday, August 23, 2010

Bulan Ramadan dan mercun

Hari ni akhbar utama menyiarkan kanak-kanak mati kerana mercun. Memang dah malang. Tapi kenapa ada mercun terutama di bulan Ramadan? Adakah kita di suruh bergembira dengan mercun selepas berbuka puasa?

Di masjid kawasan perumahan saya, kanak-kanak suka sangat bermain mercun. Yang sedihnya, mercun diletupkan semasa solat jemaah. Tak kira lah solat Isya atau Tarawih. Semasa jemaah tengah khusuk dengan solat, masa tu lah letupan kuat kedengaran. Ada jemaah yang terkejut, nampak tersentak bahu. Kalau tengah sujud, ada yang bergesel dahi dengan hamparan di masjid tu. Apa nak jadi?

Ibu bapa sangkakan anak-anak ke masjid untuk ibadah di bulan Ramadan. Tapi, pahala ke mana, solat ke mana? Yang dapat, kemarahan orang saja. Mungkin ada jemaah yang berdoa, tangan yang membakar mercun tu jadi macam gambar di bawah ni.

Baru tadi beritaTV3 memaparkan yang bapa mangsa mercun tampil ke balai polis. Kena tahan lah tu. Sedih pasal anak, kena lokap pulak.

Berikut berita hari ni pasal mercun.Mangsa mercun