Friday, August 13, 2010

Bazar Ramadhan

Untuk berbuka puasa, kami sekeluarga menjamu selera dengan masakan di rumah aje. Kalau nak tambahan pun cuma kueh-mueh aje. Setakat ni selera nak beli lauk-lauk di bazar belum terbuka lagi. Mungkin bazar di Taman Tuanku Jaafar tidak ada banyak pilihan. Pasal harga saya tak boleh komen. Tapi yang pasti, penjual-penjual yang mengeluh kerana barang-barang asas naik harga. Bawang puteh sampai RM10 sekilo!
Nak tau, kueh-kueh tradisional yang manis, dah kurang manisnya. Tahu kan sebabnya?

Sejak hari pertama puasa, pembantu rumah saya masih berminat memasak lauk-lauk untuk berbuka puasa. Anak-anak tak membebel, jadi saya rasa bole diterima tekak la tu. Esok giliran isteri saya pula memasak. Tak sabar pulak nak tahu apa menu dia.