Monday, August 23, 2010
Bulan Ramadan dan mercun
Hari ni akhbar utama menyiarkan kanak-kanak mati kerana mercun. Memang dah malang. Tapi kenapa ada mercun terutama di bulan Ramadan? Adakah kita di suruh bergembira dengan mercun selepas berbuka puasa?
Di masjid kawasan perumahan saya, kanak-kanak suka sangat bermain mercun. Yang sedihnya, mercun diletupkan semasa solat jemaah. Tak kira lah solat Isya atau Tarawih. Semasa jemaah tengah khusuk dengan solat, masa tu lah letupan kuat kedengaran. Ada jemaah yang terkejut, nampak tersentak bahu. Kalau tengah sujud, ada yang bergesel dahi dengan hamparan di masjid tu. Apa nak jadi?
Ibu bapa sangkakan anak-anak ke masjid untuk ibadah di bulan Ramadan. Tapi, pahala ke mana, solat ke mana? Yang dapat, kemarahan orang saja. Mungkin ada jemaah yang berdoa, tangan yang membakar mercun tu jadi macam gambar di bawah ni.
Berikut berita hari ni pasal mercun.Mangsa mercun
Tuesday, August 17, 2010
Is this father's love?
During Ramadan fasting month, parents with small children will be happy to breakfasting together and start anticipating Hari Raya celebration. But for these kids from Kuala Terengganu, is this what they deserved?
Click link here.
I will never forgive him,
Friday, August 13, 2010
Bazar Ramadhan
Untuk berbuka puasa, kami sekeluarga menjamu selera dengan masakan di rumah aje. Kalau nak tambahan pun cuma kueh-mueh aje. Setakat ni selera nak beli lauk-lauk di bazar belum terbuka lagi. Mungkin bazar di Taman Tuanku Jaafar tidak ada banyak pilihan. Pasal harga saya tak boleh komen. Tapi yang pasti, penjual-penjual yang mengeluh kerana barang-barang asas naik harga. Bawang puteh sampai RM10 sekilo!
Nak tau, kueh-kueh tradisional yang manis, dah kurang manisnya. Tahu kan sebabnya?
Sejak hari pertama puasa, pembantu rumah saya masih berminat memasak lauk-lauk untuk berbuka puasa. Anak-anak tak membebel, jadi saya rasa bole diterima tekak la tu. Esok giliran isteri saya pula memasak. Tak sabar pulak nak tahu apa menu dia.
Tuesday, August 10, 2010
Rukun Islam - Puasa di bulan Ramadhan
Esok kita menunaikan ibadah puasa. Sebagaimana tahun-tahun terdahulu, masjid Taman Tuanku Jaafar sesak dengan dengan jemaah menunaikan solat Tarwih. Semuga sambutan yang serupa sehingga akhir Ramadhan.
Pagi-pagi esok kita bersahur. Menu sahur belum tahu lagi. Ala kadar aje la.
Tapi, kita tunggu waktu berbuka esok. Ada macam ni?
Monday, August 9, 2010
Majlis Perkahwinan - Fahmy, Faaiz & Pasangan
Hujung minggu lepas, saya ke JB. Ada majils perkahwinan sepupu-sepupu saya. Tarikh 08/08/2010 telah ditetapkan dari awal lagi oleh pasangan-pasangan tu. Tarikh yang senang ingat. Fahmy tu anak pertama sedangkan Faaiz pula yang ketiga dari lima adik-beradik.
Dewan serbaguna Kampung Melayu Majidee telah lama ditempah. Boleh dikatakan selesa juga dewan tu untuk majils. Ada spotlights, kipas dan yang paling nyaman ada air-con. Atas pentas pun ada air-con, pengantin nampak ceria walaupun dihujani oleh lampu-lampu panas. Make-up tak cair, baju tak basah dek peluh.
| Dewan & Pelamin |
| Kipas kiri & kanan buat sibuk je. Air-con kan ada |
| Dah hampir penghujung majlis. |
Saturday, August 7, 2010
Bulan Ramahdan dan Bulan Kemerdekaan
Another 4 days will be 1st Ramahdan. End of the month will be Hari Merdeka. Putting them into perspective, there are more events to celebrate Merdeka Day instead of Ramahdan especially this weekend. At Senawang Taipan behind McDonald's, large tent is already setup for tonight's events. I heard N.Sembilan MB will be attending. I'm positive large crowds can be pulled in. Dataran Senawang is popular weekend night spot. That will be an advantage to the organizer.
At the same spot, you can see many smaller tents. Those are for people who celebrate Ramahdan. Yes, for Ramahdan feasts. Those tents will see food, cookies, eyewares and even lingeries at thier doors. Some of us are looking forward for Ramadhan/Merdeka for something like that. Some of us are happier to look forward for Hari Raya now for new outfits and hypermarkets, malls and small businesses are looking forward for deeper pockets.
But alas are we not supposed to celebrate Ramadhan to ask forgiveness from Allah, to be closer to Allah, to improve our morality, spirituality, and hope for abundant rewards?
What am I going to choose? What are you going to select?
Thursday, August 5, 2010
Sistem Pengera Rumah
Dah hampir setahun sistem pengera rumah saya tak berfungsi. Awalnya bateri dah tamat tempoh. Kemudian pendawaian dimakan tikus. Memang ada tikus atas siling. Bila kena racun, mati pulak kat atas tu. Tak lama tu panel pulak buat hal. Akhirnya "give up" tak kesah langsung nak pasang pengera.
Tiga minggu lepas rumah jiran yang hanya selang satu rumah dipecah masuk. Masa tu jiran saya balik ke kampung di Kedah. Baru minggu lepas, jiran saya beritahu pembantu rumah saya yang rumahnya dicerobohi. Isteri dah cuak dan mula pujuk minta suruh sistem pengera dibaiki semula. Anak isteri punya pasal, saya pun panggil technician ke rumah. Tambahan pula, Ramadhan dah nak mula, bila Hari Raya mesti nak cuti panjang. Jadi saya pun setuju baiki sistem pengera tu.
Tu dia papar litar lama yang diganti. Dah kena petir tu kata technician. Saya tengok tak ada apa-apa pun yang rosak. Entah lah, saya memang tak puas hati kalau tak dapat tahu punca kerosakan tu (jurutera lah katakan). Apa-apa pun, kita usaha dan berdoa agar kami sekeluarga dilindungi Nya, Amin.
Monday, August 2, 2010
SAINS dan kehidupan
![]() |
| Water Filter Right After Supply Interruption |
Twitter
Facebook
Flickr
RSS




