Wednesday, September 19, 2012

Cenderahati jemaah Taman Tuanku Jaafar

Sebentar tadi jemaah masjid telah meraikan bakal-bakal tetamu Ar Rahman. Didahului dengan ucapan pengerusi majlis. Seterusnya ucapan, nasihat dan sumbangan cenderahati dari nazir masjid iaitu Dato Azman Hassan. Akhirnya jemaah disajikan makanan malam.

Gambar cenderahati untuk saya dah isteri.


Thursday, September 13, 2012

Bakal Dhuyuf Ar-Rahman

Alhamdulillah. Hampir semua persiapan ke tanah suci telah tersedia. Baru pagi tadi saya ke Tabung Haji cawangan Rembau untuk mengambil "hand luggage" yang berisi barangan hadiah seperti payung, pasta gigi, pil vitamin, selipar, losyen dan "multinational" power socket adapter.

Minggu lepas isteri ada berhasrat untuk membeli power socket adapter. Tapi nampaknya tak perlu lagi. Di dalam "hand luggage" tersebut terdapat juga buku doa dan buku panduan haji serta umrah. Walaupun sudah ada, itu tidak menjadi beban. Boleh diserahkan kepada kawan-kawan yang memerlukan di masa atan datang.

Majikan di USA dan Seremban telah dimaklumkan tentang hasrat saya untuk menunaikan ibadah haji. Hanya menunggu tarikh berangkat. Syarikat Rayhar cuma boleh menjangkakan tarikh berlepas pada 28 Sept 2012. Semuga dapat kepastian dengan segera supaya mudah segala urusan. 

Sunday, November 20, 2011

Cuti sekolah dan perkahwinan

Rumah Tuan Haji Yazid (abang kepada MB N.S) ada majlis. Kelihatan MB beramah mesra dengan tetamu. Saya tidak berhajat nak bersalaman dengan MB. Tujuan saya adalah kenduri Haji Yazid. Selepas berjumpa kepada tuan rumah, terus menjamu selera bersama jiran-jiram. Selesai makan, sekali lagi berjumpa tuan rumah, bersalaman kaut dan terus meninggalkan majilis.

Jemputan pertama kenduri kahwin untuk cuti akhir tahun sekolah 2011.

Monday, August 23, 2010

Bulan Ramadan dan mercun

Hari ni akhbar utama menyiarkan kanak-kanak mati kerana mercun. Memang dah malang. Tapi kenapa ada mercun terutama di bulan Ramadan? Adakah kita di suruh bergembira dengan mercun selepas berbuka puasa?

Di masjid kawasan perumahan saya, kanak-kanak suka sangat bermain mercun. Yang sedihnya, mercun diletupkan semasa solat jemaah. Tak kira lah solat Isya atau Tarawih. Semasa jemaah tengah khusuk dengan solat, masa tu lah letupan kuat kedengaran. Ada jemaah yang terkejut, nampak tersentak bahu. Kalau tengah sujud, ada yang bergesel dahi dengan hamparan di masjid tu. Apa nak jadi?

Ibu bapa sangkakan anak-anak ke masjid untuk ibadah di bulan Ramadan. Tapi, pahala ke mana, solat ke mana? Yang dapat, kemarahan orang saja. Mungkin ada jemaah yang berdoa, tangan yang membakar mercun tu jadi macam gambar di bawah ni.

Baru tadi beritaTV3 memaparkan yang bapa mangsa mercun tampil ke balai polis. Kena tahan lah tu. Sedih pasal anak, kena lokap pulak.

Berikut berita hari ni pasal mercun.Mangsa mercun

Tuesday, August 17, 2010

Is this father's love?

During Ramadan fasting month, parents with small children will be happy to breakfasting together and start anticipating Hari Raya celebration. But for these kids from Kuala Terengganu, is this what they deserved?


Click link here.
I will never forgive him,

Friday, August 13, 2010

Bazar Ramadhan

Untuk berbuka puasa, kami sekeluarga menjamu selera dengan masakan di rumah aje. Kalau nak tambahan pun cuma kueh-mueh aje. Setakat ni selera nak beli lauk-lauk di bazar belum terbuka lagi. Mungkin bazar di Taman Tuanku Jaafar tidak ada banyak pilihan. Pasal harga saya tak boleh komen. Tapi yang pasti, penjual-penjual yang mengeluh kerana barang-barang asas naik harga. Bawang puteh sampai RM10 sekilo!
Nak tau, kueh-kueh tradisional yang manis, dah kurang manisnya. Tahu kan sebabnya?

Sejak hari pertama puasa, pembantu rumah saya masih berminat memasak lauk-lauk untuk berbuka puasa. Anak-anak tak membebel, jadi saya rasa bole diterima tekak la tu. Esok giliran isteri saya pula memasak. Tak sabar pulak nak tahu apa menu dia.

Tuesday, August 10, 2010

Rukun Islam - Puasa di bulan Ramadhan

Esok kita menunaikan ibadah puasa. Sebagaimana tahun-tahun terdahulu, masjid Taman Tuanku Jaafar sesak dengan dengan jemaah menunaikan solat Tarwih. Semuga sambutan yang serupa sehingga akhir Ramadhan.

Pagi-pagi esok kita bersahur. Menu sahur belum tahu lagi. Ala kadar aje la.

Tapi, kita tunggu waktu berbuka esok. Ada macam ni?