Thursday, July 15, 2010
Harga Petrol
Petang tadi, saya dapat SMS dari adik. "Harga petrol naik 5 sen malam. Yok kita ramai-ramai top up". Begitu bunyi SMS tu.
Hari ni saya pulang kerja awal. Sebabnya untuk penuhkan tangki petrol kereta saya sebelum orang ramai berpusu-pusu ke kiosk petrol. Saya ke kiosk yang terdekat di rumah. Dapat lah 50 liter. Jika 5 sen naik (media kata subsidi turun 5 sen), saya kena tambah RM2.50 esok jika nak dapatkan 50 liter. Boleh beli sarapan pagi dengan RM2.50 tu!
Itu baru harga petrol RON95, tambah pula kenaikan harga gula 25sen / kg dan gas LPG 10sen/kg. Esok lusa harga tepung pula.
Saya keliru samada Malaysia sudah pulih daripada tekan ekonomi tetapi rakyat pula yang terasa keperitan. Gaji tidak naik sekerap kenaikan harga barangan asas. Anak-anak saya akan kata saya bertambah kedekut. Tak mahu makan luar. Double the cost, harga petrol ke kedai + harga makanan + harga minuman. Mungkin hujung minggu ni, bila saya memesan teh ais di kedai makan, ianya seperti meminum teh cina.
Twitter
Facebook
Flickr
RSS