Tuesday, June 15, 2010

Rawatan alternative ibu saudara ku

Semalam saya ke Melaka. Tujuan utama untuk mencuba rawatan alternative untuk ibu saudara.

She has been suffering from colon cancer. Dah buat chemotherapy. Sekarang ni kaki kiri pulak bengkak. Bertongkat kalau berjalan. Doktor tak tahu apa sebabnya. Tapi kena follow up check hujung bulan June.

Rawatan alternative itu di Bukit Pegoh Melaka. Orang yang datang pun ramai, Melayu, Cina dan India. Ada disediakan katil untuk semasa rawatan tu. Ikut giliran. Ibu saudara saya dapat nombor 8. Itu pun buat dua pusingan selepas habis lebih kurang 30 katil lagi "doktor" visitation. Dekat-dekat 4 jam saya di sana.

Sebaik selepas rawatan ibu saudara cakap kaki dia ringan sikit. Mudah-mudah kurang penderitaan dia, Insyallah.