Wednesday, September 19, 2012

Cenderahati jemaah Taman Tuanku Jaafar

Sebentar tadi jemaah masjid telah meraikan bakal-bakal tetamu Ar Rahman. Didahului dengan ucapan pengerusi majlis. Seterusnya ucapan, nasihat dan sumbangan cenderahati dari nazir masjid iaitu Dato Azman Hassan. Akhirnya jemaah disajikan makanan malam.

Gambar cenderahati untuk saya dah isteri.


Thursday, September 13, 2012

Bakal Dhuyuf Ar-Rahman

Alhamdulillah. Hampir semua persiapan ke tanah suci telah tersedia. Baru pagi tadi saya ke Tabung Haji cawangan Rembau untuk mengambil "hand luggage" yang berisi barangan hadiah seperti payung, pasta gigi, pil vitamin, selipar, losyen dan "multinational" power socket adapter.

Minggu lepas isteri ada berhasrat untuk membeli power socket adapter. Tapi nampaknya tak perlu lagi. Di dalam "hand luggage" tersebut terdapat juga buku doa dan buku panduan haji serta umrah. Walaupun sudah ada, itu tidak menjadi beban. Boleh diserahkan kepada kawan-kawan yang memerlukan di masa atan datang.

Majikan di USA dan Seremban telah dimaklumkan tentang hasrat saya untuk menunaikan ibadah haji. Hanya menunggu tarikh berangkat. Syarikat Rayhar cuma boleh menjangkakan tarikh berlepas pada 28 Sept 2012. Semuga dapat kepastian dengan segera supaya mudah segala urusan.